Nama:
Mastura Binti Syamsudin
No.Matrik:
PSM0074/12
SXW
502
Tajuk:
Kecelaruan Gender
Generasi muda dewasa ini jika dilihat semakin jauh
pegangan hidup mereka dari ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Fenomena
kecelaruan gender seperti “pondan, mak nyah, bapok, dan sebagainya” telah
menjadi barah dalam masyarakat. Hakikatnya golongan seperti ini dilahirkan
sebagai lelaki tetapi mempunyai kelakuan, perasaan dan naluri sebagai wanita
dan begitu juga sebaliknya. Mengapa permasalahan ini berlaku? Hal ini adalah
kerana jika dilihat disekeliling kita ramai anak-anak muda yang terpengaruh dengan
budaya barat yang berkeinginan diluar batas nilai hidup manusia. Lelaki ingin
menjadi perempuan dan perempuan mahu menjadi lelaki. Mengapa situasi ini
berlaku terhadap anak-anak generasi muda Islam pada hari ini? Dimanakah
silapnya ajaran agama? Dimanakah silap ibu bapa dalam membentuk peribadi
anak-anak? Persoalan demi persoalan diutarakan dan tuding menuding jari
berlaku. Ketahuilah bahawa persoalan-persoalan tersebut bukan menjadi
permasalahannya tetapi berbalik semula kepada diri insan tersebut. Allah telah
menciptakan manusia dengan sebaik-baik dan secantik-cantik ciptaan.
Kesempurnaan manusia sangat dicemburui oleh makhluk-makhluk lain, manusia
dikurniakan akal oleh Allah untuk sentiasa berfikir buruk dan baik. Namun
begitu, nikmat yang diberikan tidak dihargai dengan sebaik-baiknya.
Kecelaruan gender ataupun disforia gender didefinisikan sebagai keadaan di mana penghayatan
individu itu bercelaru antara perasaan gender sendiri dengan anggota
kelaminnya. Kecelaruan jantina ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu
golongan individu yang berjantina lelaki tetapi ingin menjadi seorang
perempuan. Golongan ini dikenali sebagai “pondan” dan terdapat beberapa istilah
yang lain. Kategori kedua pula adalah golongan individu yang berjantina
perempuan tetapi ingin menjadi seorang lelaki dan golongan ini digelar sebagai
“pengkid”. Golongan seperti ini akan mengubah gaya dan cara kehidupan mereka
seperti gaya pemakaian, perwatakan, dan sebagainya.
Allah SWT telah menjadikan watak seorang lelaki
dengan mempunyai tingkah laku yang keras manakala perempuan pula diciptakan
dengan sifat lemah lembut. Lelaki dan perempuan telah Allah ciptakan dengan
mempunyai tanggungjawab dan peranan tertentu. Lelaki diciptakan oleh Allah
sebagai pemimpin bagi wanita dan wanita dijadikan sebagai tulang belakang dan
pembantu kepada kaum lelaki.
Berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:
Maksudnya: “Kaum
lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum
perempuan, oleh kerana itu Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan
beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang
lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka
perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya),
dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib di pelihara) ketika
suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan
perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz)
hendaklah kamu menasihati mereka, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah
mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka
taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan
mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar”.
(Surah An-Nisa’ 4: 34)
Faktor-Faktor
Yang Mempengaruhi Gejala Kecelaruan Gender
Terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi gejala kecelaruan gender ini. Faktor pertama
pengaruh media. Hal ini demikian kerana, industri hiburan terlalu banyak
memaparkan watak-watak seperti pondan sehingga gejala ini diterima sebagai
perkara normal dalam masyarakat. Oleh itu, ramai yang terikut-ikut dengan
budaya ini terutamanya bagi golongan remaja yang baru mengenal erti kehidupan
sebenar. Kebanyakan gaya hidup yang mereka ikuti adalah daripada media. Oleh
itu, golongan seperti ini cuba untuk meniru watak-watak lembut pada asalnya,
kemudian apabila sudah terbiasa dengan perwatakan tersebut mereka akan lebih
berani untuk mencuba lebih dari itu.
Faktor kedua pula ialah kurang didikan agama.
Hakikatnya Islam telah melarang sekeras-kerasnya gejala menukarkan jantina
seperti yang berlaku pada hari ini. Islam adalah agama yang sempurna dan indah.
Islam telah mengajar umatnya supaya bersyukur dengan setiap nikmat yang telah
Allah kurniakan kepada setiap hambanya. Jika dihayati hikmah disebalik
penciptaan lelaki dan perempuan, perkara seperti ini tidak akan berlaku.
Faktor ketiga ialah faktor biologi. Berkemungkinan
seseorang lelaki itu mempunyai bilangan kromosom x dalam DNA yang berlebihan.
Faktor ini menjadi salah satu penyebab mengapa seseorang lelaki itu
berperwatakan cuba menjadi perempuan. Presiden Persatuan Genetik Malaysia
merangkap Pakar Perunding Klinikal Sitogenetik, Dr Roziana Ariffin menegaskan
masalah ketidaknormalan kromosom membabitkan masalah di peringkat genetik
molekul, protein dan epigenetik (perubahan genetik yang diwarisi). Bagaimanapun,
beliau juga tidak menolak wujudnya faktor lain seperti hormon, persekitaran dan
psikologi yang juga menyumbang ke arah kecelaruan jantina.
Pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu
faktor penyebab gejala seperti ini berlaku. Hal ini demikian kerana rakan
sebaya merupakan pengaruh yang kuat dalam menyumbang budaya seperti ini. Perlakuan seperti ini akan dilakukan secara tersembunyi, mereka akan memakai pakaian jantina yang
sebaliknya, sekali gus berasa dirinya dekat dengan jantina itu. Perasaan untuk
mendekati jantina yang dianggap jantina nalurinya akan menjadi lebih ketara
apabila dia memasuki alam remaja dan menghayati pergolakan hormon seksual serta
mengalami ketumbesaran anggota kelamin. Setiap yang dilakukan oleh rakan
sebaya akan mereka ikuti sedikit demi sedikit. Oleh itu, seseorang individu
akan mudah terpengaruh dengan kata-kata dan pujukan rakan-rakan.
Pandangan
Islam Terhadap Masalah Kecelaruan Gender
Menurut pandangan Islam, gender (jantina) terbahagi
kepada empat kumpulan iaitu lelaki, perempuan, khunsa dan mukhannis atau mukhannas.
Khunsa, pada dasarnya bermaksud dwi jantina. Manakala mukhannas adalah golongan yang mahukan jantina yang lain dari
jantina mereka lahir. Mereka mahu menjadi wanita dan membenci identiti kelakian
mereka. Golongan mukhannis pula,
mereka adalah golongan lelaki yang tinggi sifat kewanitaanya tetapi tidak
mahukan pembedahan jantina. Golongan khunsa, menurut Islam, dibenarkan untuk
menjalani pembedahan jantina supaya mereka dapat menjadi lelaki atau wanita.
Walau bagaimanapun Islam melarang golongan mukhannas
atau mukhannis bersolek, menyuntik
hormon untuk membesarkan payudara atau menjalani pembedahan jantina dan
sebagainya.
Pada tahun 1983, Majlis, Raja-Raja telah menetapkan
fatwa bahawa pembedahan jantina adalah haram hukumnya kerana pembedahan itu
adalah salah di sisi Islam. Perbuatan silang-pakaian (cross dressing) juga dilarang. Bagi golongan khunsa, pembedahan
jantina adalah dibenarkan. Maka secara dasarnya, golongan maknyah sebenarnya
adalah tidak diiktiraf bagi masyarakat Malaysia. Ramai dari mereka menerima
kenyataan bahawa Islam melarang transeksualisme. Ha ini selaras dengan dalil -
dalil yang dinyatakan dalam ayat al-Quran.
Firman Allah:
Maksudnya: “Kami menghantar Lut:
Dia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu membantahku mengenai Allah,
sesungguhnya ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak
takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah,
kecuali Tuhanku menkehendaki sesuatu dari bahaya itu (homoseksualliti).
Sesungguhnya pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu
mahu (insaf) mengambil pelajaran?”
(al-A’raf
7:80-81)
|
|
|
|
Menurut Islam, hidup ini sentiasa diuji. Setiap
insan akan diuji. Setengah orang dilahirkan cacat dan dia harus juga menjalani kehidupan
menurut syariat seperti yang ditetapkan Allah SWT. Begitu juga dengan golongan pondan
yang perlu mengekang perasaan mereka untuk menurut syariat Allah SWT. Hal ini
sudah pasti sukar dan hanya mereka yang beriman sahaja berupaya menurut syariat
Allah SWT. Dalam kehidupan manusia
di dunia ini tidak ada satu perkara yang tidak Allah uji. Begitu juga dengan
masalah kecelaruan gender yang berlaku pada masa kini. Sebagai seorang Muslim
sejauh manapun kita berbuat kejahatan, namun ada juga rasa keinsafan didalam
hati. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk setiap hambanya yang melakukan dosa.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.