Monday 1 October 2012

~~Islam & Cinta~~

Assalamualaikum...

Pada hari ini tidak sabar rasanya mahu berkongsi mengenai kisah Islam dan Cinta. kepada rakan-rakan.Hurmm...mari kita mulakan,,Cinta??...Berbicara kisah cinta semua orang suka..siapa yang tidak suka dicintai dan mencintai.Islam sendiri adalah agama CINTA dan seseorang mukmin itu tidak akan merasa nikmat Iman sehinggakan dirinya merasakan kehangatan cinta.Rasulullah s.a.w juga merupakan seorang Rasul yang membawa cinta dan kesejahteraan.Berdasarkan Hadith riwayat Bukhari dan Muslim:

 "Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang maka ia akan mendapatkan manisnya iman,iaitu: Allah dan RasulNya lebih ia cintai daripada yang lain,mencintai seseorang hanya kerana Allah,dan benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka."
                                                                                                        (HR.Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadith di atas jelaslah bahawa Islam menggalakkan setiap ummatnya mencintai dan dicintai.Namun begitu,haruslah diingati bahawa CINTA yang bagaimana Islam kehendaki.Tidak salah rasanya untuk bercinta namun haruslah mengikut adab-adab dan batasan yang telah Islam gariskan.Dalam perspektif cinta Islam bukan sahaja cinta akan manusia sahaja tetapi makna cinta itu merangkumi pelbagai aspek antaranya mencintai Allah,mencintai Rasulullah,mencinta agama,mencintai akidah,dan tidak dilupakan juga mencintai sesama makhluk.

Namun begitu,pada hari ini kita dapat perhatikan bahawa cinta sesama manusia melebihi cinta kita kepada Allah,RasulNya dan agama.Mengapa perkara seperti ini terjadi?,tanyalah kepada diri kita sendiri.Tambahan pula kerana terlalu mencintai sesama makhluk,kita abaikan garis panduan dalam bercinta dan kita ikutkan hawa nafsu.Oleh sebab itulah pada zaman sekarang banyak terjadinya masalah sosial kerana Cinta kepada agama Islam itu sendiri tidak dihayati sepenuhnya.Rasulullah juga sentiasa mengingati setiap hambanya dalam sabdanya :
"Cintailah kekasihmu secara wajar,siapa tahu ia menjadi musuhmu suatu ketika,dan bencilah musuhmu secara wajar pula,siapa tahu ia menjadi kekasihmu suatu ketika kelak nanti"
Oleh sebab itulah Islam menganjurkan setiap hambanya supaya bersederhana dalam memberi cinta kepada sesama manusia.




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.